Wednesday, January 28, 2009

Ni..Baca...Ni...

Saya pernah membaca satu pernyataan ini dari seseorang. Beliau berkata, kenapa lebih mudah orang berfikiran negatif kepada orang yang lain, berbanding berfikiran positif? Kenapa?

Ketika saya menulis ini, saya berada di perpustakaan kampus saya. Jadi, saya akan tulis dengan bahasa yang mudah, dan tidak ada edit langsung… :)

Baiklah. Saya ingin menyampaikan idea saya mengenai perkara ini. Dan amat mengalu-alukan mereka yang lebih mahir untuk berkongsi mengenainya. Oleh kerana saya lebih kerap melakukan analisa mengikut pengalaman, jadi apa yang saya kongsikan, jarang berpandukan teori-teori yang ada. Cuma sekadar satu ulasan pengalaman.

Saya berpendapat, manusia ini unik ragamnya. Dengan adanya emosi, manusia susah nak di kawal, hentakan emosi akan membawa manusia hanyut tanpa sedar. Kenapa?

Katakan Hakim (bukan nama sebenar), bangun lewat pagi ini, dan terlupa untuk sarapan pagi. Dengan perut yang lapar dan agak tergesa-gesa, beliau ke tempat kerja. Sesampainya beliau di situ, bos sudah menanti.

Masuk ke bilik bos, Hakim di hentam bertubi-tubi berikutan laporan (kerja) yang di hantarnya semalam. Hasil laporan adalah tidak memuaskan, tunggang langgang, dan berbagai-bagai lagi. Hakim cuma diam membatu, sedangkan hati meronta. Masakan tidak, bos tak tahu Hakim terlewat pagi ini, belum bersarapan dan sangat kepenatan, kini perlu menadah telinga untuk mendengar setiap leteran dari Bos.

Hakim keluar dari situ, dan duduk di tempatnya untuk menyambung kerja. Mood Hakim hilang entah ke mana. Kemudian, tidak semena-mena, ada orang lain bercerita dari meja sebelah.

” Suhaiza dapat peluang kenaikan pangkat lah! “

” Eh dia tu kan baru lagi? “

” Itu lah pasal…mungkin kerjanya bagus kot “

Tak semena-mena Hakim rasa telinganya terbakar. Masakan tidak, Hakim sendiri dah bekerja lama di situ, sebelum ini prestasi kerja beliau baik sahaja, cuma akhir-akhir ini, ada semacam satu kelangsungan yang menyebabkan dirinya di timpa perasaan tak tenteram.Lantas Hakim membalas , ” Ala entah-entah dia bodek Bos tu, mana kau nak tahu?” Dalam hati, rasa benci yang amat dan rasa nak buat sesuatu (jahat) untuk membuktikan beliau lebih baik dari Suhaiza.

Cerita tamat di sini. Jom kita nilai masalah ini…………………………

Baiklah, seperti yang kita sedia maklum, ada pelbagai perkara yang menjadi punca kepada pemikiran negatif seseorang kepada seseorang yang lain. Dalam kes ini, Hakim mungkin merasakan Suhaiza membodek bos untuk kenaikan pangkat {negatif). Bukanlah terniat di hati beliau pada awalnya, tetapi kelangsungan bad-luck yang dia tempuh sepanjang hari itu, membawa kepada kemelut emosi yang hebat. Mungkin beliau nak meleraikan perasaan beliau sendiri, nah terucap perkara sebegitu. Busuk hati, hasad dengki itulah ungkapan yang kita sering dengar.

Mungkin perasaan seumpama ini yang membawa manusia berfikiran negatif kepada manusia yang lainnya. Itu adalah dari sudut pandangan orang pertama (from Suhaiza’s view)

Jom kita lihat dari pandangan Hakim (Hakim’s view). Hakim mungkin seorang yang rajin, bersemangat. Tetapi sebagai manusia biasa, Hakim akan melalui kehidupan ini seperti manusia lain. Melalui roda kehidupan bukannya mudah, tatkala kita berada di bawah, keadaan seakan-akan semakin menekan. Ada yang hanya bertahan, ada yang terus kecundang, dan ada yang meletup macam Hakim. Perjalanan hidup Hakim, dan bagaimana beliau menghadapinya membawa kepada bentuk pemikiran seperti itu. Tanpa kita sedari, ada berapa ramai orang seperti Hakim di luar sana? Orang yang mulai merasai gagal dalam hidup, dan mencari medium untuk menterjemahkan perasaannya?

Ini adalah sekitar satu punca kepada pemikiran negatif kepada orang lain.

Lantas, cuba kita lihat apa yang patut kita buat sebagai masyarakat ( from 3rd view). Bagi saya, kes ini sangat berguna untuk mengingatkan diri kita, dan memperkuatkan kepercayaan-kepercayaan baru yang kita bina.

Ingat, anda mesti sentiasa memperbaiki diri anda dari setiap aspek, dan muncul sebagai individu yang mantap dalaman dan luaran.

Bersangka baik. Inilah nilai utama yang perlu masyarakat terapkan di dalam diri, dan amalkan setiap waktu. Namun sebagai manusia biasa, mana mungkin kita mampu setiap masa bukan? Kita juga ada perasaan! Tapi cubalah, perbanyakkan bersangka baik terhadap orang lain. Dengan ini, mungkin anda tidak lagi melihat Hakim sebagai seorang yang dengki, dan busuk hati. Mungkin Hakim ada melalui masalahnya sendiri. Anda jangan risau! Jika Hakim memerlukan bantuan anda, hulurkan selagi daya, dan ikhlas. JIka tidak, maka masalah Hakim itu, bukan masalah anda, dan kehidupan anda perlu di teruskan.

Di sini, bukan bermaksud anda tidak menghulurkan pertolongan kepada Hakim, tetapi ingat, tidak ada sesiapa yang mampu mengubah Hakim, kecuali dirinya sendiri. Sebaik-baik pertolongan yang boleh anda berikan, ialah doa. Doa supaya Hakim lebih tenang menghadapi kehidupan ini.

Menerima orang lain seadanya mereka. Ingat, tidak ada sesiapa pun yang sempurna. Melihat keadaan Hakim, inilah kehidupan yang sebenarnya. Ada masa kita baik, tetapi setiap orang juga melakukan kesilapan. Jangankan kita menghukum dan menilai seseorang itu mengikut sesuka hati kerana kita sendiri pernah melakukan kesilapan


Sedangkan Nabi ampunkan umat

Ketiga, berkongsilah kejayaan dengan orang lain. Kejayaan Suhaiza ini adalah titik aura yang baik. Anda boleh menggunakan aura kejayaan beliau, untuk menarik lebih banyak perkara positif dan kejayaan kepada diri anda sendiri. Saya pasti pembaca blog sedia maklum mengenai hal ini. Kejayaan, kegembiraan adalah sesuatu yang positif, perkara ini yang akan terus memotivasikan anda. Jadi, kenapa perlu mengelak bukan?


No comments:

Post a Comment