Friday, January 9, 2009

Budi Bahasa Budaya Kita

Dari Abdullah bin Amru bin Ash r.a, katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:”Mencaci ibu bapa termasuk dosa besar.” Para sahabat bertanya:”Adakah orang yang mencaci ibu bapanya?” Jawab Rasulullah s.a.w ,:”Ya, ada! Dicacinya bapa orang lain, lalu orang itu mencaci bapanya pula. Dicacinya ibu orang lain, lalu orang itu mencaci ibunya pula.” (Muslim)

Huraian:-
Dalam kehidupan ini kita selalu ingin menjadi yang terbaik sehingga kita lupa bahawa kita telah menjangkau batasan orang yang baik-baik. Selaku seorang yang beragama Islam kita hendaklah menunjukkan contoh teladan yang baik. Hormati orang lain sebagaimana kita mahu diri kita dihormati. Orang yang biadap memiliki tiga ciri iaitu fikirannya buruk, ucapannya kasar dan perilakunya jahat. Orang demikian cenderung melakukan hal-hal yang tidak sepatutnya. Mereka tidak pandai menghormati orang dan suka mencaci maki orang tanpa menyedari bahawa kata-kata itu akan kembali kepada diri mereka sendiri mahupun ibu bapa mereka. Lebih dari itu mereka juga sebenarnya telah mencemarkan identiti sebagai seorang Islam yang sentiasa menyuruh umatnya agar berbudi bahasa dan berakhlak mulia.

No comments:

Post a Comment