Tuesday, December 30, 2008

Menghormati Jenazah

Dari Umar bin Rabi’ah r.a katanya, Nabi s.a.w bersabda:”Apabila kamu melihat jenazah, berdirilah sehingga ia meninggalkan kamu.” al-Bukhari

Huraian :

Umat Islam adalah digalakkan untuk mengucapkan takziah kepad sesiapa yang meninggal dunia. Begitu juga setiap jenazah hendaklah dihormati kerana ia merupakan makhluk bernama manusia yang mempunyai maruah. Sebab itulah Islam menghendaki agar sesiapa yang menguruskan jenazah agar sentiasa berlemah lembut di saat memandikan, mengkafankannya serta menjaga aurat jenazah itu sendiri sebagaimana yang sepatutnya. sesungguhnya jasad yang sudah terputus roh dari badan akan merasai kesakitan sekiranya diperlakukan dengan kasar. Bahkan jika dikaji hanya di dalam agama Islam sahaja kita dapati terdapatnya adab-adab tertentu terhadap jenazah di mana kita dilarang sama sekali menyakitinya sama ada dengan percakapan mulut (membicarakan keburukan si mati) apalagi dengan mengasarinya dengan anggota.

Monday, December 29, 2008

Wanita...


WANITA  : AKAL SENIPIS RAMBUTNYA


Jangankan lelaki biasa, nabi pun terasa sunyi tanpa wanita. Tanpa mereka, fikiran dan perasaan lelaki akan resah. Masih mencari walau ada segalanya. Apa yang tiada dalam syurga? Namun adam tetap rindukan hawa. Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok. Untuk diluruskan oleh lelaki. Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus, Mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus. Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjuk oleh Allah, Kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah.

Didiklah mereka dengan panduan darinya. Jangan cuba menjinakkan mereka dengan harta, kerana nantinya mereka semakin liar. Janganlah hiburkan mereka dengan kecantikan, kerana nantinya mereka akan semakin derita. Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal.

Di situlah punca kekuatan dunia. Akal senipis rambutnya, tebalkanlah ia dengan ilmu. Hati serapuh kaca, kuatkanlah ia dengan iman... Perasaan selembut sutera, hiasilah ia dengan akhlak. Suburkanlah ia kerana dari situlah nantinya... Mereka akan lihat nilaian dan keadilan Rabb... Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan.. Ia bukan diskriminasi Allah... sebaliknya di situlah kasih dan sayang Allah... Wanita yang lupa hakikat kejadiannya... Pasti tidak akan terhibur, dan tidak akan menghiburkan... Tanpa iman, ilmu dan akhlak.. mereka tidak akan lurus...

Bahkan akan semakin membengkok... Itulah hakikatnya andai wanita tidak kenal Rabbnya... Bila wanita menjadi derhaka... pasti dunia lelaki akan menjadi huru hara.... Lelaki pula janganlah mengharapkan ketaatan semata-mata... Tapi binalah kepimpinan... Pastikan sebelum wanita menuju ilahi, pimpinlah diri kepadanya... Jinakkan diri kepada allah... Nescaya akan jinaklah segala-galanya di bawah pimpinanmu...

Janganlah mengharapkan isteri semulia Fatimah Az-Zahra' Seandainya dirimu tidak sehebat Saidina Ali karamallahuwajhah.

Alhamdulillah

Alhamdulillah...Alhamdulillah hi Rabbil A'lamiiin..

Bersyukur ke hadrat Ilahi, kerana kakak saya dapat 8A P.M.R, (kali pertama dia dapat), sebab P.M.R ni seumur hidup sekali je. Apa iktibarnya daripada 8A P.M.R kakak saya ni, saya pun tumpang happy, and rasa macam termotivasi utk dapat 8A. Itu satu berita baik, lagi satu, sekolah tempat aku tuntut ilmu pun dah pecah rekod sejak awal penubuhannya. Tahun ni, 5 orang pelajar telah mendapat 8A P.M.R. Sekolah ni pun, sekolah bukan lah maju sangat kalau nak banding ngan sekolah kat bandar. Satu lagi, meskipun sekolah ni jauh sikit, tapi ni lah buktinya bahawa sekolah ni pun boleh jadi cemerlang. Siapa orang yang 8 A tu, hmm... antaranya:

-Henry B. Nosi
-Nazaratul Atikah bt. Taslim (my kakak)
-Mohd. Aswan B. Tagilling

Dah masuk tahun baru dah ni (Tahun Baru Hijrah), aku pun nak update azam akulah, nak belajar kerana Allah, dan mendapatkan keputusan yang tercemerlang boleh aku buat dalam hidup ku...yang secara tidak langsung menggembirakan ibu bapa, keluarga dan guru-guru.

Friday, December 26, 2008

Bayi Yang Berkata-Kata

Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi SAW, baginda bersabda: “Tidak ada yang bercakap dalam buaian kecuali tiga orang, iaitu Isa bin Maryam dan sahabat Juraij. Juraij adalah seorang yang rajin beribadat. Dia membuat surau sendiri untuk tempatnya beribadat. Pada suatu hari ibunya datang ke suraunya ketika dia sedang solat. Ibunya berkata (memanggil): “Juraij …. Juraij…..” Juraij yang sedang solat itu berkata dalam hatinya: “Ya Tuhanku, apakah aku penuhi panggilan ibuku atau kuteruskan solatku?” Akhirnya dia mengambil kesimpulan untuk meneruskan solatnya saja. Ibunya merasa kecewa dan pulang ke rumah. Esok harinya ibunya datang lagi dan Juraij pun sedang mengerjakan solat. Ibunya memanggil: “Juraij…..Juraij.”

Juraij berkata dalam hatinya: “Tuhanku, apakah kupenuhi panggilan ibuku atau kuteruskan solatku?” Dia memilih untuk meneruskan solatnya daripada memenuhi panggilan ibunya. Ibunya pun pulang lagi dalam keadaan kecewa.
Esoknya lagi (untuk kali yang ketiga), ibunya datang lagi dan kebetulan Juraij sedang solat. Ibunya memanggil: “Juraij……. Juraij.” Juraij ragu lagi: “Tuhanku, ibuku atau solatku?” Dia masih juga mengutamakan solatnya.
Ibunya yang semakin kecewa itu berkata: “Ya Allah, janganlah matikan Juraij itu sebelum dia melihat wajah wanita-wanita penzina.”

Rupanya kaum Bani Israil sedang sibuk memperkatakan Juraij kerana hebatnya beribadat dan mereka merasa cemburu melihatnya. Seorang wanita jahat dan pandai menggoda lelaki berhias kemudian berkata kepada mereka: “Kalau kamu mahu biar aku goda dan aku fitnah dia.”

Wanita itu pergi ke tempat peribadatan Juraij dan cuba menggodanya tetapi Juraij tidak terganggu kekhusukannya. Kerana kecewa, wanita itu pergi menjumpai seorang penggembala yang tidak berapa jauh dari surau Juraij. Lelaki itu menyambutnya dengan baik dan terjadilah perzinaan dan akhirnya wanita itu hamil. Setelah melahirkan anak, wanita itu mendakwa bahawa anak itu dari Juraij. Sebab itu masyarakat kampungnya pergi mendatangi Juraij. Mereka memukulinya dan menghancurkan tempat peribadatannya. Juraij merasa hairan dan berkata: “Ada apa ini?” Mereka menjawab: “Engkau telah berzina dengan wanita liar yang bernama ini dan dia telah melahirkan anak dari benihmu sendiri.”

Juraij berkata: “Di mana anak itu?” Mereka membawa anak itu ke hadapan Juraij. Juraij meminta kebenaran dari mereka untuk mengerjakan solat sunat dua rakaat. Selesai mengerjakan solat, Juraij mendekati anak itu. Dia memperhatikannya, lalu menekan perutnya dan berkata: “Wahai bayi, siapa ayahmu?” Bayi yang baru lahir itu menjawab: “Ayahku si Polan, seorang pengembala.”Mereka semua tercengang, lalu mencium tangan Juraij, memeluk tubuhnya dan meminta maaf kepadanya sambil berkata: “Biarlah tempat peribadatanmu ini akan kami bina semula dan akan kami buat dari bahan emas.”

Juraij berkata: “Tidak, binalah semula dari tanah.” Mereka pun membangunnya semula dari tanah.

Ketika seorang bayi menyusu kepada ibunya, tiba-tiba lalu di hadapan mereka seorang lelaki cantik dan menunggang binatang yang cantik. Ibunya tertarik melihatnya dan berkata: “Ya Allah, jadikanlah anakku ini nanti seperti lelaki itu.” Tiba-tiba anak itu melepaskan puting ibunya, lalu melihat lelaki yang berjalan itu dan berkata: “Ya Allah, jangan jadikan aku seperti dia.”

Kemudian anak itu menetek lagi kepada ibunya. Saya masih terbayang bagaimana Rasulullah SAW memperagakan keadaan bayi yang sedang menetek itu (kata yang meriwayatkan hadis ini). Baginda memasukkan telunjuk tangannya ke mulutnya yang mulia itu kemudian menghisapnya seperti bayi yang sedang menyusu. Kemudian Baginda Rasul bersabda: “Tidak lama kemudian lalu di hadapan mereka anak dara dalam keadaan pucat dan kepenatan kerana dikejar orang ramai dari belakang. Orang ramai yang mengejarnya itu berteriak-teriak: “Wanita penzina…. pencuri.” Dalam keadaan sesak nafas dan kesakitan, wanita itu hanya berkata: “Cukuplah Allah yang mengetahuinya dan Dialah sebaik-baik tempat berserah.”

Melihat yang demikian ibu yang menyusukan itu berkata: “Ya Allah, jangan jadikan nanti anakku ini seperti dia.” Bayi itu melepaskan susu ibunya, lalu memandang kepada wanita yang dikejar-kejar itu kemudian berkata: “Ya Allah, jadikanlah aku seperti dia.” Di sana ada lagi hadis yang lebih lengkap ceritanya.

Ibunya merasa hairan dan berkata: “Tadi lalu seorang lelaki yang cukup hebat dan menarik kemudian ibu doakan supaya engkau dijadikan seperti dia malah engkau menjawab: “Ya Allah, jangan jadikan aku seperti dia.” Tidak lama kemudian menyusul wanita malang yang dikejar-kejar orang, dipukuli dan dituduh mencuri dan berzina, kemudian ibu doakan supaya engkau jangan dijadikan seperti dia tetapi malah engkau berkata: “Ya Allah, jadikanlah aku seperti dia.” Ibu ingin tahu mengapa engkau menjawab seperti itu ?” Bayi itu menjawab: “Lelaki yang kelihatan hebat dan bergaya itu tadi sebenarnya orang jahat, maka aku pun berdoa kepada Allah supaya jangan dijadikan seperti dia. Sedangkan wanita ini, yang mereka menuduhnya mencuri dan berzina, sebenarnya dia tidak ada mencuri dan berzina. Dia sebenarnya cukup mulia di sisi Allah dan aku pun memohon dijadikan seperti dia.”

Dari sumber yang lain, dari Ibnu Abbas r.a., dari Nabi SAW, bersabda:
“Ada empat orang yang pandai bercakap semasa kecil, iaitu anak Masyitah, zaman Firaun, anak yang menjadi saksi Nabi Yusuf (bersama Zulaikha) sahabat Juraij (yang dituduh anaknya) dan Isa bin Maryam.”

Betul ke??

Francis Light bukan orang pertama buka Pulau Pinang? (from utusan.com.my)

SEJARAH pembukaan Pulau Pinang perlu dikaji semula bagi memastikan kesahihan dakwaan bahawa orang Melayu terlebih awal meneroka pulau itu berbanding Francis Light pada 1986.

PERKARA berkaitan sejarah seperti ‘memperbetulkan' fakta, acap kali mendapat perhatian kerajaan-kerajaan di dunia, media, ahli politik, keturunan sesuatu bangsa, sehingga ke peringkat individu berkaitan subjek yang dibahaskan.

Sering kali juga, sesebuah diskusi sejarah menarik minat orang perseorangan yang merasakan diri terlibat dengan subjek itu, sekurang-kurangnya berdasarkan sentimen-sentimen tertentu.

Dalam kes-kes yang ekstrem, pertikaian sesuatu fakta sejarah membawa kepada pertempuran angkatan-angkatan tentera kerajaan berjiran, seperti yang tercetus di antara Kemboja dengan Thailand beberapa bulan lalu.

Konflik berkenaan merupakan rentetan daripada perbalahan puluhan tahun berhubung pemilikan sebuah kawasan hutan dekat Candi Preah Vihear, di sempadan kedua-dua negara.

Pertikaian itu ‘hidup semula’ selepas kuil purba berkenaan diisytihar sebagai sebuah Tapak Warisan Dunia oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) tahun ini.

Berdasarkan contoh itu, pembaca mampu membayangkan betapa sensitif serta kompleksnya usaha untuk menyelesai dan membuktikan sesuatu fakta sejarah.

Kerana itu juga, para sejarawan serta pihak berkuasa dipercayai menangguhkan penyelesaian sesuatu tuntutan tersebut, sehingga kadang-kala ‘terlupa untuk mengkajinya kembali.

Tetapi bagi Profesor Dr. Ahmad Murad Merican, kerumitan merungkaikan sesuatu fakta sejarah adalah perkara yang mencabar tahap intelek dan ketahanan fizikal seseorang, serta mengujakan.

“Lebih penting, memperbetulkan fakta sejarah adalah usaha untuk meletakkan sesuatu kepada haknya,” katanya kepada Mega di Batu Bara, baru-baru ini.

Mengakui bahawa sejarah bukanlah bidang kemahirannya, pensyarah di Jabatan Pengurusan dan Kemanusiaan, Universiti Teknologi Petronas itu tidak gentar untuk berhadapan dengan tanggapan yang mengatakan beliau tidak layak memperkatakan sesuatu isu sejarah.

“Saya telah mengkaji sejarah pembukaan Pulau Pinang sejak akhir tahun 1990-an lagi dan kaedah (mengkaji) yang saya gunakan adalah sama dengan sejarawan lain.

“Apa yang saya dapati, pulau (Pinang) itu telah didiami oleh Dato’ Jenaton Bin Raja Labu sejak tahun 1749,” tegasnya.

Justeru beliau mendakwa, catatan sejarah bahawa Pulau Pinang dibuka oleh kelasi Inggeris, Francis Light pada 1786 tidak boleh diterima.

Menurutnya, sejarah itu adalah ‘resipi’ British yang menidakkan pembukaan Pulau Mutiara tersebut oleh orang Melayu.

Keluarga Dato’ Jenaton

Dengan bukti-bukti sejarah seperti buku, artikel dan salasilah, Ahmad Murad memberitahu, Dato’ Jenaton berasal dari Pagar Ruyung di Sumatera, Indonesia, sebelum beliau berpindah pula ke Batu Bara yang juga terletak di Sumatera.

Menurutnya, pasangan Dato’ Jenaton dengan isteri pertamanya, Ambun Suri dari Pagar Ruyung tidak dikurniakan anak.

“Kemudian, apabila berhijrah ke Baru Bara, Dato’ Jenaton berkahwin pula dengan Tuan Gadih atau Cik Puang, anak pembesar di sana dan dikurniakan seorang anak,” tambahnya.

Ahmad Murad mendakwa, selepas berhijrah dan membuka Pulau Pinang pada tahun 1749, Dato' Jenaton melalui perkahwinan ketiganya dengan seorang wanita berketurunan Arab-China, seterusnya dikurniakan dengan empat orang cahaya mata.

Namun, satu perkara yang dikesalkan Ahmad Murad dan seorang lagi pengkaji sejarah Pulau Pinang serta salasilah Dato’ Jenaton, Fazil Shuhaimi Talib, nama isteri ketiga individu yang membuka Pulau Pinang seperti didakwa mereka itu sehingga kini masih belum ditemui.

“Namun kita akan terus mengkaji dan mendapatkan nama individu wanita, isteri ketiga Dato Jenaton itu kerana beliau merupakan asal-usul keturunan Dato’ Jenaton di Malaysia, termasuk kami,” ujar Fazil.

Ahmad Murad dan Fazil yang juga sepupunya boleh dikatakan dua ‘orang kuat’ dalam mencari, melengkap dan memperbetulkan sejarah Dato’ Jenaton, seterusnya membawa kepada penubuhan sebuah persatuan tidak berdaftar dinamakan Jawatankuasa Keluarga Dato' Jenaton pada tahun 2002.

Berdasarkan salasilah yang dikemukakan kepada penulis, mereka berdua merupakan generasi keenam waris Dato’ Jenaton hasil perkahwinan dengan isteri ketiganya di Pulau Pinang sekitar pertengahan 1950-an.

Salasilah itu juga mencatat beberapa nama besar waris Dato’ Jenaton di sini seperti Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Zulhasnan Rafique ; Pengerusi Eksekutif Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas), Tan Sri Rozali Ismail dan Presiden Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia, Datuk Paduka Raja Wan Mahmood Pawan Teh.

Rozali merupakan pengerusi jawatankuasa keluarga itu, sementara presidennya pula ialah Rahmah Abdul Aziz dan Ahmad Murad serta Fazil merupakan ahli jawatankuasa persatuan berkenaan.

Akhir bulan lalu, seramai 30 orang daripada kira-kira 500 ahli persatuan itu di Malaysia telah ke Batu Bara untuk berjumpa dan bermesra dengan waris Dato’ Jenaton di sana.

Waris-waris Dato’ Jenaton dari Kedah, Perak, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur itu juga berkesempatan melawat pusara, bangunan serta tinggalan yang mempunyai kaitan dengan individu itu atau warisnya.

Di sana, perancangan perjalanan program lawatan mendapat kerjasama sepenuhnya dengan wakil keluarga Dato’ Jenaton sebelah Indonesia, M. Yusuf Morna atau dikenali dengan panggilan Buyung.

Fazil dan Buyung bertemu di Kampung Medan, Petaling Jaya, Selangor secara serius pada tahun 2005 selepas Fazil beberapa kali melawat Sumatera untuk mencari waris Dato’ Jenaton di sana.

“Setelah kami diperkenalkan melalui seorang kawan, saya dengan Fazil pada awalnya bertengkar membincangkan identiti Dato’ Jenaton.

“Ini kerana kajian kami (waris Jenaton di Indonesia) mendapati individu yang dimaksudkan bernama Jenan dan bukannya Jenaton seperti didakwa Fazil namun kami akhirnya sepakat bahawa individu yang dicari adalah orang yang sama,” jelas Buyung.

Wednesday, December 24, 2008

Ya... Rasulullah

Far East - Muhammad Ya Rasulullah

Duhai kekasih Ya Rasulallah
Engkau laksana bulan purnama
Membawa cahaya sinar gemilang
Untuk faedah hidup manusia

Ya Rasulallah Ya Habiballah
Ya Rasulallah Ya Safiallah

Mulia akhlakmu Ya Rasulallah
Tulus hatimu tinggi pekerti
Jasamu tetap di sanubari
Jadi sebutan sehingga kini

Nabi Muhammad...

Nabi Muhammad s.a.w. (sallallahu aleihi wassalam) (B. Arab: محمد) adalah pesuruh Allah yang terakhir. Baginda adalah pembawa rahmat untuk seluruh alam dan merupakan Rasulullah bagi seluruh umat di dunia. Sesungguhnya Nabi Muhammad s.a.w. merupakan satu rahmat kepada manusia sekalian alam. Baginda bukan sahaja berfungsi sebagai seorang rasul tetapi juga sebagai pemimpin, ketua tentera dan juga sebagai pendamai. Nabi Muhammad s.a.w. dilahirkan di Mekah dan kembali ke rahmatullah di Madinah. Walaupun diketahui bahawa Muhammad merupakan rasul dan nabi terakhir bagi umat manusia oleh orang Islam, tetapi orang-orang Yahudi dan Kristian enggan mengiktiraf Muhammad sebagai nabi dan rasul. Nabi Muhammad merupakan pelengkap ajaran Islam setelah Nabi Musa dan Nabi Isa.


Salasilah Keturunan Rasulullah.. p/s kalau siapa yang rasa salah, please comment.


Khat.. Tulisan "Muhammad Ya Rasulullah".


Selawat ke atas Nabi.

Pesanan...

PEDOMAN

KATA -KATA HIKMAH KHULAFA' AR-RASYIDIN

SAIDINA ABU BAKAR RADHIALLAHU ANHU BERKATA:

Orang yang bakhil itu tidak akan terlepas daripada salah satu daripada 4 sifat yang membinasakan iaitu:

1. Ia akan mati dan hartanya akan diambil oleh warisnya, lalu dibelanjakan bukan pada tempatnya atau;
2. hartanya akan diambil secara paksa oleh penguasa yang zalim atau;
3. hartanya menjadi rebutan orang-orang jahat dan akan dipergunakan untuk kejahatan pula atau;
4. adakalanya harta itu akan dicuri dan dipergunakan secara berfoya-foya pada jalan yang tidak berguna



SAIDINA UMAR AL-KHATTAB RADHIALLAHU ANHU BERKATA:

1. Orang yang banyak ketawa itu kurang wibawanya
2. Orang yang suka menghina orang lain, dia juga akan dihina
3. Orang yang menyintai akhirat, dunia pasti menyertainya
4. Barangsiapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga

SAIDINA UTHMAN BIN AFFAN RADHIALLAHU ANHU BERKATA:

Antara tanda-tanda orang yang bijaksana itu ialah:

1. Hatinya selalu berniat suci
2. Lidahnya selalu basah dengan zikrullah
3. Kedua matanya menangis kerana penyesalan (terhadap dosa)
4. Segala perkara dihadapaiya dengan sabar dan tabah
5. Mengutamakan kehidupan akhirat daripada kehidupan dunia.

SAIDINA ALI KARRAMALLAHU WAJHAH BERKATA:

1. Tiada solat yang sempurna tanpa jiwa yang khusyu'
2. Tiada puasa yang sempurna tanpa mencegah diri daripada perbuatan yang sia-sia
3. Tiada kebaikan bagi pembaca al-Qur'an tanpa mengambil pangajaran daripadanya
4. Tiada kebaikan bagi orang yang berilmu tanpa memiliki sifat wara'
5. Tiada kebaikan mengambil teman tanpa saling sayang-menyayangi
6. Nikmat yang paling baik ialah nikmat yang kekal dimiliki
7. Doa yang paling sempurna ialah doa yang dilandasi keikhlasan
8. Barangsiapa yang banyak bicara, maka banyak pula salahnya, siapa yang banyak salahnya, maka hilanglah harga dirinya, siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak wara', sedang orang yang tidak wara' itu bererti hatinya mati

Sekolah..Menghampiri... Pelajar dan Guru-Guru

Beberapa hari saja lagi.. Sekolah akan dihuni semula (di Malaysia sahaja). Best lah jugak kan kalau difikirkan bila sudah bukak sekolah, susah dah mata nak menjamah pandangan anak-anak remaja berdating, buat benda tak senonoh. And satu lagi, dengan dibukanya sekolah, maknanya guru-guru ni dapat lah buktikan bahawa komitmen mereka sebagai guru adalah kekal.

Guru+Pelajar+Ilmu=Kejayaan.

So, pelajar ni jangan ingat mereka tanpa guru boleh berjaya. Dan pastinya, kalau tiada murid di sekolah pasti duit pun tak masuk ke dalam pocket cikgu. Begitulah kaitannya. So, apa tunggu lagi kita enjoy menuntut ilmu.


Budak Sekolah....



Guru. Harapannya agar kita mencapai kejayaan. Oleh itu, marilah realisasikannya.

Monday, December 22, 2008

Khat...











Kejaian, ciptaan dan ketentuan Allah... Semuanya untuk dikagumi dan difikirkan dan tidak lupa direnungkan juga. Kerana semua kejadian Allah ini unik, menunjukkan kekreatifan-Nya.

Sunday, December 21, 2008

Perkahwinan Pak Cik Aku

Pak Cik ku yang ke-4 dalam adik beradik ayah aku dah kahwin baru-baru ni. 22 November nikah, esoknya pulak bersanding. Wah cantiknya, hensemnya pasangan mempelai tu. Tapi sayangnya, time kitorang bergambar ngan pasangan pengantin masa tu jugak lah habis bateri kamera.. Huhuhu.. Bagus kan.. Masya-Allah.... Tengoklah gambar ni.. Ada jugak tau gambar sepupu aku.. Tengok dan comment lah.. Ada jugak gambar bpak aku merenjis bunga mawar.. Alah apa nama dia tu.. Tak tahu lah..

Ha.. Lagu kat bawah ni aku tujukan kepada pak cik aku. Harap pak cik bacalah..

Hijjaz-Selamat Pengantin Baru

Bila dua hati dah terjalin
Selamatlah pengantin kami doakan
Moga redha allah bersinar selalu
Tanda bermula bahtera hidup

Dalam melayari bahtera rumahtangga
Ada masa tenang dan masa gelisah
Jangan nafsu diikut melulu
Sabar dan kemaafan itu perlu

Beginilah resam manusia
Tak lari dari ketentuan ilahi
Suami ketua isteri pembantu
Menongkah hidup saling berpadu
Susah dan senang hadapi bersama
Moga kekal keanak cucu
Moga kekal hingga ke syurga





Sahabat Di Sabah...

Hmm.. dah dua tahun kat Sabah, bestt sangat. Dapat banyak kawan. Dapat banyak pengalaman. Thanks to Allah. Now I get many friends. I hope this friendship last for forever. Erkk.. Betul tak English aku ni.





Family

Keluargaku...

Inilah antara detik-detik manisku bersama keluarga. Ada yang masa dekat Perlis, Melaka dan dekat Tugu Negara. Semua orang yang mempunyai keluarag pasti gembira. Oleh hal yang demikian, janganlah kita persia-siakan nikmat Allah ini. Mana tahu ianya akan ditarik oleh Allah. Appreciate keluarga kita biar lebih sikit daripada kita appreciate orang lain. Bukan maksudnya kita kena kurang ajar dengan orang lain, tapi jangan layan keluarga lebih teruk.





Saturday, December 20, 2008

Tokoh...


Plato

Plato ( Greek: Πλάτων, Plátōn) (sekitar 427 S.M. - sekitar 347 S.M.) ahli falsafah Yunani Klasik yang sangat berpengaruh, murid pada Socrates dan guru pada Aristoteles. Hasil kerjanya yang paling mashyur adalah Republik (dalam bahasa Yunani: Politeia, "negeri") yang dia menguraikan garis besar pandangannya pada keadaan "ideal". Dia juga menulis 'Hukum' dan banyak dialog di mana Socrates adalah peserta utama.

Sumbangan Plato yang terpenting adalah ilmunya mengenai ide. Dunia fana ini tiada lain hanyalah refleksi atau bayangan daripada dunia ideal. Di dunia ideal semuanya sangat sempurna. Hal ini tidak hanya merujuk kepada barang-barang fizikal yang boleh disentuh dan dlihat, tetapi juga mengenai konsep-konsep pikiran, hasil buah intelek. Sebagai contoh, konsep mengenai "kebajikan" dan "kebenaran".

Salah satu perumpamaan Plato yang termasyhur adalah perumpamaan tentang orang di gua.

Cinta...


CINTA DAN PERKAHWINAN


Suatu ketika plato terlibat pembicaraan dengan gurunya... Plato mempertanyakan makna cinta dan gurunya pun menjawab: "masuklah ke dalam hutan, pilih dan ambillah satu batang ranting yg menurutmu paling baik, tetapi engkau haruslah berjalan ke depan dan jangan kembali ke belakang. Pada saat kau sudah memutuskan pilihanmu, keluarlah dari hutan dengan ranting tersebut".

Maka masuklah Plato ke dalam hutan dan keluarlah Plato tanpa membawa sebatang rantingpun. Gurunya bertanya, maka jawab Plato:

"Saya sebenarnya sudah menemukan ranting yg bagus, tetapi saya berpikir barangkali didepan saya ada ranting yang lebih baik. Tetapi setelah saya berjalan ke depan ternyata ranting yg sudah saya tinggalkan tadilah yg terbaik. Maka saya keluar hutan tanpa membawa apa-apa."

Guru itupun berkata:"itulah cinta"

Lalu Plato pun bertanya apa makna perkawinan

Gurupun menjawab:"Sama seperti ranting tadi, namun kali ini engkau haruslah membawa satu pohon yang kau pikir paling baik dan bawalah keluar dari hutan."

Maka masuklah Plato ke dalam hutan & keluarlah Plato dengan membawa pohon yg tidak terlalu tinggi juga tidak terlalu indah.Gurunya pun bertanya, maka jawab Plato:

"Saya dapati pohon yang indah daunnya, besar batangnya...tetapi saya tak dapat memotongnya dan pastilah saya tak mampu membawanya keluar dari dalam hutan...akhirnya saya tinggalkan. Kemudian saya temukan pohon yang tidak terlalu buruk, tidak terlalu tinggi dan saya pikir mampu membawanya karena mungkin saya tidak akan menemukan pohon seperti ini didepan sana. Akhirnya saya pilih pohon ini karena saya yakin bisa merawatnya & menjadikannya indah."

Lalu sang guru berkata:"Itulah makna perkawinan."

Begitu banyak pilihan di depan kita seperti pohon-pohon beserta rantingnya didalam hutan, tapi kita mesti menentukan satu pilihan dan bila terlalu memilih...tidak satupun akan kita dapati, karena kesempatan itu hanya sekali & kita harus terus maju sperti waktu yg bergulir ke depan yg tidak pernah tersimpan pada hari kemaren & bersemayam pada masa lalu kita.

Tokoh Islam...

Namanya

Abdullah bin Al-Harits bin Jaz-in bin Abdillah bin Ma'dikariba bin 'Amr bin 'Asm bin 'Amr bin 'Uwaij bin 'Amr bin Zabied Az-Zabiedi.

Kehidupanya

Beliau adalah seorang kawan dan bersumpah setia dengan Abu Wada'ah As-Sahmi dan anak saudara pria dari Mahniyyah bin Jaz-in Az-Zabiedi yang menurut Ibnu Yunus bahwa pamannya ini pernah ikut dalam ghazwah Badar dan gugur sebagai Syahid dalam pertempuran Yamamah ketika menumpas Nabi palsu Musailimatul-kadzdzab.

Tidak ada keterangan mengenai perjuangannya dalam zaman Nabi saw dan para khulafa' Rasyidin. Namun setelah Islam berkembang di Timur Tengah dan di Mesir beliau akhirnya memilih tempat tinggal di Mesir.
Menurut At-Thabari, dahulunya beliau bernama Al-'Ashi (dapat diartikan pelaku maksiat), lalu diubah Nabi saw dengan nama Abdullah. Beliaulah shahabat yang terakhir sekali meninggal di Mesir dan akhir hayatnya beliau mengalami buta mata.
Beliau wafat pada tahun 86 H, atau sekitar tahun 85 atau 87 H. dan telah mengambil beberapa hadist langsung dari Nabi saw. Oleh karena beliau lama tinggal di Mesir, maka yang terbanyak mengambil hadist dari beliau ialah para ulama tabi'ien dari Mesir dan terakhir ialah Yazied bin Abi Hubaib.

Demikian disebutkan dalam Al-Ishaabah dan Al-Isti'aab, jilid II, halaman 291 dan 281.
Tapi dalam "Riadhus-Shalihien", imam Nawawi menyebut nama, Abdullah bin Al-Harits bin As-Shimmah dengan nama panggilanya Abdul-Juhaim. Nama ini tidak terdapat dalam kedua kitab di atas.
Ibnu Illaan dalam syarahnya "Dalilul-Falihien", jilid IV halaman 582 menerangkan bahwa Abdullah bin Al-Harits bin As-Shimmah, menurut Usdul ghaabah adalah anak kakak wanita dari Ubai bin Ka'ab Al-Anshari. Beliau hanya meriwayatkan dua hadist saja dari Nabi saw. Kedua-duanya tersebut dalam Bukhori dan Muslim di mana satu diantaranya disebutkan dalam Riadhus-shalihien di atas.



Abdullah Bin Al-Harits

Renungan...

Renungkanlah.......





Wanita...




Dehearty-Wanita

Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adama turut sunyi tanpa Hawa

Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh

Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat dibahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi

Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk

Didiklah wanita dengan keimanan
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita berharap pada yang binasa

Engkaulah wanita istimewa

Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan

Sahabatku....







Ketika mula bertemu
Terasa bagai telah lama bersua
Kau sambut hulur tanganku
Bertegur sapa penuh mesra

Masa terus berlalu
Dan kita tetap seiringan berjalan
Menempuh onak liku
Lalui semua suka dan duka bersama

Biarlah apapun rahsia
Dan kelemahanmu tetap engkau temanku

Riangnya saat kita ketawa
Asyik senda dan bercerita
Walau sesekali pandangan kita berbeza
Andainya tetap serupa

Adakalanya kita juga saling terluka
Namun di akhirnya kita tetap bersama

Dan kini dipisahkan dua benua
Saling mengejar cita
Tak pernah kulupakan
Detik yang indah bersamamu temanku

Huuuu....aaaaa.....

(ulang dari mula)

Kuasti suatu masa
Engkau dan aku kan bertemu semula
Kembali menjalinkan detik nan indah
Untuk kenangan bersama

Monday, December 15, 2008

PMR


PMR!!!!!!!!

Berapa bulan jak lagi dari sekarang. Kepada pelajar Tingkatan 3 khususnya, janganlah stress. Memang betu lah PMR tu sekali seumur hidup. Tapi janganlah belajar sampai macam nak mati. Fikirkanlah diri sendiri, kepentingan keluarga, kepantingan agama dan lain-lain. Sekurang-kurangnya satu hari dapat belajar 5 jam,.. hmmm.. kira oklah kan.
Kalau satu hari lima jam..manat tahu dapat naik kepada 6 jam kah. Kira bagus jugak kan. Cuba fikir kalau mula masuk sekolah sampai hari PMR berapa hari ada? Tak pun ada berapa bulan? Lebih kurang 10 bulan kan.. So.. kalau dihitung study-study.. lebih kurang adalah dalam lapan bulan setengah. ha..lepas lapan bulan tu tak ke kita merdeka??
utk pelajar PMR). Best apa PMR ni. Sebab pertama sekali, ia merupakan pengukur prestasi kemajuan murid-murid. Kedua,kalau kita tak terfikir nak ambil PMR, surelah kita tak belajar sungguh-sungguh, hu.. buat susah mak bapak je. Apa-apa hal pun study je lah...