Showing posts with label Pendidikan. Show all posts
Showing posts with label Pendidikan. Show all posts

Wednesday, August 26, 2009

Nasi Gulai Suku-Suku

FA yang berasal dari Kelantan telah bekerja di Kuala Lumpur beberapa bulan. Dia tinggal serumah dengan rakan sekerjanya Ros. Pada hari pertama Ramadan, mereka berdua bersiap-siap untuk berbuka puasa dengan membuka bungkusan makanan masing-masing yang baru dibeli dari bazar Ramadan.

Fa: Beli apa? Banyak nampaknya tu.

Ros: Nasi tomato dan ayam percik. Bubur cacar pun ada ni. Kaubeli apa lak?

Fa: Aku tadi tak tau nak pilih apa, banyak sangat. Last-last ambik gulai lemak nangka dengan ikan masin. Murah sangatlah mak cik tu jual, singgit je nasi ngan gulai. Aku ambik gak kuih dua tiga jenis, geram tengok!

Ros: Amboi! Sedap tu, terasa macam kat kampung pulak. Aku nak tumpang sikit gulai nangka tu nanti.

(Setelah membuka juadah masing-masing)

Fa: Eh!! Kenapa sikit sangat nih! Nasi adalah tiga suap, bercampur pulak tu dengan gulai. Sikit sangat nih!

Ros: Kau minta apa kat mak cik jual nasi tu tadi?

Fa: Aku minta nasi dengan gulai lemak nangka dengan ikan masinlah. Aku minta nasi dengan gulai suku-suku.

Ros: Kau minta suku-suku?

Fa: Ha, la! Kalau campur nanti basi. Kalau tak pun nasi tu kembang kena kuah, tak sedap. Tapi ni dia campur sekali, dah la tu sikit sangat. Tak kenyang ni, lekat celah gigi je. Patutlah harga murah sangat.

Ros: Ha! Ha! Ha! Sini bukan Kota Baharu, sini Kuala Lumpurlah! Bila kauminta suku tadi, dia bagilah suku, suku tu tak sampai separuh pun! Agaknya mesti mak cik tu ingat kau diet nih, makan suku je.

Fa: Aku minta penuh, tak minta separuh. Mak cik tu salah isi nih! Cuma aku minta dia bungkus suku-suku.

Ros: Mak cik tu tak salah, kau yang salah. Kauminta suku-suku, mak cik tu faham kau nak nasi suku dan gulai nangka suku. Sekarang kau dapatlah serba suku, patut le murah sangat! Tadi aku pun hairan, mana ada dalam Kuala Lumpur ni orang jual nasi dan lauk singgit sebungkus. Kau tak tengok ke masa mak cik tu bungkus tadi?

Fa: Tulah silapnya tadi. Masa tu orang ramai, lepas order aku pilih kuih pulak. Tau-tau dah siap bungkus. Makan kuih ajelah aku nampaknya ... tumpang sikit nasi tomato kau tu sikit!

Ros: Lain kali bila beli makanan tu, cakap cara orang Kuala Lumpur. Marilah makan, dah azan tu ... baca doa dulu!

INFO: Glosari

  • Suku - (i) satu daripada empat bahagian, seperempat
    - (ii) (dialek Kelantan) berasingan
  • Singgit - (bahasa pertuturan) seringgit
  • Last-last - (bahasa pertuturan) akhirnya
  • Wednesday, February 18, 2009

    Bahasa Melayu..Indah Sungguh


    ZAIMAH dan Yusni mendapat tempat di sekolah berasrama penuh ekoran keputusan cemerlang dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah yang lalu. Zaimah berasal dari Johor dan Yusni berasal dari Pahang. Pada satu petang minggu pertama mereka tinggal di asrama….

    Zaimah: Ayah awak kerja apa?

    Yusni: Kerja kampung aje, kebun kelapa sawit. Sambil tu buat juga sikit-sikit bele moto. Ayah awak?


    Zaimah: Ayah saya cikgu kat JB. Tinggal kat bandar bosanlah. Tak adventure! Awak tentu seronokkan? Ada ladang kelapa sawit dan boleh bele macam-macam. Kalau saya macam tu, saya nak bele kuda.

    Yusni: Bukan ladanglah! Kebun je. Tak seronoklah duduk kat kampung, banyak nyamuk! Nak pergi bandar pun payah.

    Zaimah: Samalah tu .… Ayah awak bele moto kat dalam kebun sawit tu le yek?!


    Yusni: Mana boleh bele moto dalam kebun. Siapa nak datang. Dia buat kat bawah rumah.

    Zaimah: Datuk saya kat Kluang ada juga tanam kelapa sawit, seronok main kat situ. Dia pun ada bele binatang. Dia bele kambing kat kebun sawit dan bele ayam kampung kat belakang rumah. Yang seronoknya tengok ayam sabung dengan ayam serama.

    Yusni: Sekali sekala duduk kampung memanglah seronok. Tapi kalau dah memang duduk di kampung, lain pulak rasanya. Ayah saya ada juga pelihara lembu kat kebun sawit, tapi abang yang jaga. Ayah sibuk bele moto.

    Zaimah: Sorilah, nak tanya satu benda. Moto ni binatang apa? Spesis ayam ke? Boleh bele kat bawah rumah je.

    Yusni: Apalah awak ni?! Moto pun tak tau! Bukan spesis binatanglah! Motosikal, sejenis kenderaan. Ada faham ke?

    Zaimah: Laaa! Motosikal ke? Cakaplah dari tadi. Tapi motosikal tak boleh dibele, dia bukan binatang. Bukan makhluk bernyawa.

    Yusni: Susah betul cakap dengan awak ni. Lain saya cakap, lain pulak awak faham. Bila moto rosak, mestilah kena bele. Ayah saya kerja bele moto rosak. Dia buka bengkel bele moto kat bawah rumah. Faham tak?!

    Zaimah: Apa pasal tak cakap dari tadi? Cakaplah dia buka bengkel repair motorsikal. Eh! Dah masuk waktu makan ni, jom kita pergi dewan makan.

    Yusni: Jomlah.... Tapi tunggu jap, saya nak bele tudung dulu.

    Zaimah: Bele tudung? Tadi bele moto sebab motosikal rosak. Sekarang bele tudung lak? Tudung rosak juga ke?

    Yusni: Kau tak pakai tudung, mana kau tau….



    Bela (dituturkan sebagai bele ) - memelihara

    - (dialek Pahang) membaiki sesuatu, seperti jentera yang rosak dan juga mengemaskan kedudukan tudung yang dipakai.

    Bahasa Melayu @ Malaysia

    Mewah Bahasa: 'Kena gigit semut?! Habislah kaki anak saya bengkak!'

    PADA satu petang di sebuah taman asuhan kanak-kanak di pinggir bandar raya, Puan Zai menjemput anak sulungnya yang baru berusia dua tahun. Di muka pintu, Puan Zai disambut oleh Raihan, seorang pembantu yang bekerja di taman asuhan terbabit.


    Puan Zai: Assalamualaikum, macam mana anak saya hari ni? Tak meragam ke dia? Selalunya hari Isnin dia buat hal, maklumlah dah dua hari bermanja dengan mamanya di rumah.

    Raihan: Mualaikum salam. Hari ni elok pulak dia, langsung tak meragam. Lina tengah pakaikan baju. Baru lepas mandi. Biar saya pergi ambil. Tapi tadi dia nangis sikit, agaknya kaki dia kena semut-semut sebab masa tidur, dia mengiring, kaki kirinya tertindih.


    Puan Zai: Kena gigit semut?! Habislah kaki anak saya bengkak! Tak sapu ubat ke? Anak saya dahlah sorang tu, saya punyalah jaga dia betul-betul kat rumah. Tak ada seko nyamuk pun yang pernah sentuh dia tau! Di sini boleh kena gigit semut?! Macam mana engkorang jaga hah! Saya bayar mahal tau, bukannya free! Dah tau tempat ni tempat jaga baby dan kanak-kanak, kenapa tak jaga betul-betul? Bersihlah sikit, kalau bersih tak adalah semut. Sekarang dah bengkak kena gigit semut. Siapa nak tanggungjawab?


    Raihan: Eh! Kenapa tiba-tiba aje marah-marah ni? Siapa yang kena gigit semut? Saya nak ambil anak puanlah ni, tunggulah sekejap.

    Puan Zai: Hoi! Loyar buruk pulak budak ni! Tadi awak yang kata, anak saya kena gigit semut. Sekarang buat-buat tak tau pulak. Saya lapor dekat bos awak baru tahu. Saya boleh bawa kes ini ke kementerian tau! Tutup nursery ni, baru padan muka, semua tak ada kerja!

    Mendengar kekecohan yang berlaku, Puan Nuris, tuan punya pusat asuhan kanak-kanak terbabit keluar dari bilik dan pergi mendapatkan Puan Zai dan Raihan.

    Puan Nuris: Kenapa ni Puan Zai? Kecoh sangat saya dengar. Anak puan buat perangai lagi ke?

    Puan Zai: Cakap baik sikit ya, Puan Nuris! Jangan nak tuduh-tuduh anak saya buat perangai. Ni ha! Budak awak ni! Dia biarkan anak saya kena gigit semut, lepas itu, dia nafikan pulak. Dia nak main-main dengan saya, saya laporkan pada kementerian nanti, ha! Baru tahu, tutup nursery ni nanti.

    Puan Nuris: Raihan! Betul ke anak Puan Zai ini kena gigit semut?

    Raihan: Tak adalah kak, anak Puan Zai ni tak ada kena gigit semut pun. Tak ada semut kat sini. Saya sentiasa jaga kebersihan tempat ini.

    Puan Zai: Hah! Tengok tu! Budak ni nak menipu lagi, tadi dia yang kata anak saya kena gigit semut. Nak main-main pulak dia….

    Raihan: Memang tadi saya ada cakap anak Puan ni menangis sikit, mungkin kakinya kena semut-semut masa tidur. Saya tak ada cakap pun dia kena gigit semut.

    Puan Nuris: Oooo, semut-semut. Bukan kena gigit semut?.... Puan Zai, saya minta maaf, sebenarnya salah faham. Raihan ni cuba beritahu anak Puan menangis sikit tadi, mungkin sebab kakinya kebas, bukan digigit semut. Maaflah Puan Zai, ya?! Dia ni anak saudara suami saya dari kampung, walaupun dah lama duduk KL ni, kadang-kadang keluar juga gaya kampungnya.

    Puan Zai: Oh, gitu ke?! Raihan, maafkan akak ya, tadi tertinggi sikit suara.

    Raihan: Tak apa Puan, saya dah biasa kena macam ini. Saya faham….

    • Semut - sejenis serangga yang merayap
    • Semut-semut - berasa kebas

    Mewah Bahasa

    Mewah Bahasa: 'Ngecek teman lelaki dapat telefon genggam'


    Pada satu hari Rina menayangkan telefon bimbit barunya kepada Nuri.



    Nuri: Handphone baru nampak? Baru beli ke?




    Rina: Mestilah.


    Nuri: Tentu mahal ni, mau habis sebulan gaji.



    Rina: Tau tak pe. Tengoklah siapa yang pakai.

    Nuri: Banyak duit kau? Baru dapat bonus ke?



    Rina: Bopren aku bagilah! Tu sebabnya kalau nak cari bopren, carilah yang kaya.



    Nuri: Betul ke dia bagi ni, entah-entah kaungecek dia punya kut?!



    Rina: Camtulah lebih kurang, aku kecek aje kat dia, dapatlah!



    Nuri: Teruk betullah perangai kau ni, ada ke patut bopren sendiripun sanggup kau kecek.



    Rina: Mestilah kecek! kalau tak macam mana dia tahu aku ndak apa untuk birthday aku.



    Nuri: Untuk hadiah birthday pun kau sanggup ngecek bopren? Teruk punya geprenlah kau ni. Untuk hadiah, tak baik tau ngecek dia untuk dapat barang yang kita nak, biar dia bagi dengan ikhlas. Tak pelah kalau benda tu bukan benda mahal, yang penting dia bagi dengan ikhlas. Kalau betul kau minat kat handphone tu, cakap aje terus terang kat dia, sure dia belikan punya! Tak perlulah kau ngecek dia punya.



    Rina: Memanglah dia yang belikan. Dia bagi sebagai hadiah birthday, tentulah ikhlas. Aku ni kan ke gepren dia, bakal isteri dialah.



    Nuri: Tadi kau kata kaungecek dia punya? Itu tak ikhlas le namanya.



    Rina: Kalau aku tak kecek, macam mana dia nak tau apa yang aku hendak.



    Nuri: Kau sepatutnya cakap baik-baik dengan dia apa yang kau nak. Bukan pakai ambil aje kepunyaan dia.



    Rina: Memanglah aku cakap pada dia, kan aku dah kata tadi aku kecek pada dia yang aku nak handphone ni, so dia belikanlah kat aku sebab dia sayang kat aku.



    Nuri: Kau minta kat dia atau kau ngecek dia punya? Cakap betul-betul.



    Rina: Kecek tu maknanya cakaplah! Itupun tak faham ke?



    Nuri: ????????



    Info

    Kelantan / Minang


  • Kecek

    - cakap

    - tipu, perdaya

  • Mengecek (ngecek)

    - menipu memperdaya dengan kata-kata

    - meminta dengan memujuk dan memperdaya



    Johor

  • Mengecek

    - mengampu bagi tujuan mengendeng/ mendapatkan sesuatu


  • PMR

    ASSALAMUALAIKUM

    PERHATIAN KEPADA SEMUA PELAJAR-PELAJAR MENENGAH RENDAH, PMR AKAN DIADAKAN PADA :-

    7 - 9 OKTOBER 2009
    12 - 13 OKTOBER 2009

    SO, APA YANG SAYA NAK CADANGKAN, STUDY,,,,, SOLAT (FOR MUSLIM)....JANGAN LUPA ALLAH..

    KLIK LINK UTK MAKLUMAT :

    PEPERIKSAAN UTAMA DI MALAYSIA

    Ni pulak link nak tengok maklumat pasal kerja kursus..

    KGT (KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN)


    KST (KAJIAN SEJARAH TEMPATAN)

    Wednesday, January 28, 2009

    Bahasa..Jiwa...Bangsa



    RAMLAN dan anaknya Amin yang berusia lapan tahun sedang berehat sambil menonton televisyen selepas makan malam. Sambil menonton televisyen, Ramlan dua beranak berbual-bual sementara isteri dan anaknya yang seorang lagi, mengemas di dapur.

    Amin: Ayah! Kenapa orang besar pun suka main bidas? Mereka bidas orang pulak tu. Dalam berita tv ada kata, menteri bidas ahli parlimen pembangkang dan ahli Parlimen pembangkang pun ada yang bidas orang kerajaan. Mereka ini main bidas-bidas ke?

    Ramlan: Mestilah, kadang-kala ada tindakan seseorang itu yang kita tak suka lepas itu kita bidaslah. Tapi itu cara kasar, kurang sopan, sebaiknya cakap aje baik-baik. Tapi memang dalam Parlimen mereka saling membidas.

    Amin: Bila kita tak suka pada orang tu, kita boleh bidas, ya yah? Tak kena marah ke? Amin geram betul dengan Meli tu, dia selalu kacau kami main. Mentang-mentanglah badan dia besar, dia asyik nak buli kami je. Tu yang Amin rasa nak bidas je dia.

    Ramlan: Bidas sikit-sikit tu bolehlah, tapi jangan lebih-lebih sangat, nanti bergaduh. Masa sembang dengan dia, bila ada topik yang sesuai, bidaslah sikit-sikit.

    Amin: Tak pernah pun sembang dengan dia. Datang aje, mulalah kacau kami main. Selalunya kami terus pergi main tempat lain.

    Ramlan: Kalau tak sembang macam mana nak bidas. Kalau nak bidas dia, Amin kena sembang dengan dia dulu. Masa tulah baru boleh bidas.

    Amin: Esok Amin nak ajak kawan-kawan tunggu dia kat taman. Kalau dia datang, kami bidas dia ramai-ramai. Biar bengkak-bengkak kepala dia, padan muka.

    Ramlan: Macam mana pulak boleh bengkak kepala kena bidas? Kan ayah dah kata tadi, jangan bergaduh.

    Amin berlari masuk ke biliknya dan beberapa ketika kemudian keluar dengan membawa sesuatu di tangannya.

    Amin: Yah! Nilah bidas. Sekarang ni musim main bidas, semua orang main benda ni. Tadi, Amin pergi bidas burung kat taman, tapi tak pernah kena pun. Orang kat Parlimen tu pun main perang-perang pakai bidas ya ayah?! Tentu seronok tu, mesti ada yang benjol kepala.

    Ramlan: Ya Allah! Benda apa ni Amin! Mana dapat benda ni? Ini lastiklah Min, bahaya main ni kat kawasan perumahan. Siapa yang ajar Min main lastik?

    Amin: Ini bukan lastiklah ayah! Sema’e kata benda ni bidas. Sema’e yang buatkan untuk Amin. Dia tu budak baru pindah kat lorong depan, pindah dari Kelantan, ayah dia cikgu.

    Ramlan: Ya, Allah! Ini ke yang anak aku maksudkan dengan bidas? Habislah pecah tingkap rumah dan cermin kereta orang. Hey Amin! Bak sini benda tu, benda ni tak boleh main, bahaya! Jom kita pergi rumah kawan Amin tu, ayah nak bercakap sikit dengan ayah dia.

    Bidas

    - kecam

    - lastik (dialek Kelantan dan Terengganu)

    Friday, January 23, 2009

    Motivasi UTK Pelajar

    Tepuk dada tanya selera!


    Kata-kata di atas menunjukkan diri kita sendiri bertanggungjawab terhadap apa yang diingini atau apa yang akan berlaku hasil daripada kehendak sendiri.

    Kehendak seseorang itu kebiasaannya terlalu banyak tanpa sekatan. Jika kehendak berpihak kepada yang baik maka segala tindakan dan hasilnya nanti dapat memberi menfaat kepada diri. Sebaliknya jika kehendak itu berpihak kepada yang buruk, maka padahnya nanti akan mengecewakan diri sendiri.

    Dalam hal ini disiplin diri adalah penting agar segala kehendak yang ada pada diri kita itu dapat dikawal dan akhirnya memberi keseronokan kepada diri terutamanya ketika belajar.

    Disiplin diri merupakan satu situasi yang dikawal oleh diri sendiri ke arah mematuhi arahan atau peraturan. Sebagai contoh bagi murid-murid beragama Islam diwajib mengamalkan segala rukun yang terdapat dalam ajaran Islam seperti menunaikan solat serta amalan yang lain. Manakala di sekolah murid harus mematuhi peraturan sekolah seperti berpakaian seragam, berkasut serta berambut kemas.

    Murid yang berdisiplin sentiasa berada dalam keadaan yang tenang kerana tidak ada masalah yang dihadapi dan tidak ada tindakan disiplin ke atas dirinya. Manakala murid yang tidak berdisiplin sentiasa berada dalam keadaan gelisah kerana pelbagai masalah dan tindakan berlaku pada dirinya. Justeru, murid seperti ini tidak mampu menumpukan pelajaran dengan baik malah ia lebih suka ponteng berbanding dengan murid yang berdisiplin yang sentiasa ceria dan seronok belajar. Akhirnya pelajar yang tidak berdisiplin akan gagal dalam peperiksaan bukan kerana ia bodoh tetapi dirinya sendiri diperbodohkan oleh tindakannya sendiri. Di sebaliknya murid yang berdisiplin akan mencapai kejayaan kerana keadaan yang tenang dan ceria itu memotivasikan dirinya untuk berusaha dengan lebih tekun untuk mencapai kejayaan.

    Cara untuk mendisiplinkan diri:

    Kawal keinginan: Jangan mengikut nafsu dan keinginan yang keterlaluan.

    Contoh: Hadkan waktu bermain, jauhi daripada merosak harta benda sekolah seperti tandas, cermin tingkap dan sebagainya.

    Eratkan perhubungan dengan rakan: Berkawan dengan semua murid tanpa mengira bangsa, agama atau taraf kedudukan..

    Contoh: Jangan hanya berkawan mengikut kumpulan yang tertentu sahaja. Elakkan daripada rasa syak wasangka atau iri hati terhadap rakan. Sentiasa mengamalkan nilai-nilai murni ketika berinteraksi dengan rakan seperti bersopan santun dan menghormati rakan. Jangan menghina atau merendahkan kedudukan rakan yang lain. Jangan berlagak sombong. Bantu rakan kita dengan ikhlas jika mereka memerlukan pertolongan semasa dalam kelas atau dalam aktiviti kokurikulum. Jangan memusuhi rakan-rakan kita.

    Buat penjadualan: Penjadualan membantu diri kita merancang masa dengan baik dan mengelakkan daripada melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah.

    Contoh: Buat jadual waktu untuk rumah dan juga rancang apa yang hendak dilakukan pada waktu yang terluang di sekolah seperti pada waktu rehat selepas makan, pada waktu pagi sebelum perhimpunan atau pada waktu pertukaran guru antara subjek. Kebiasannya waktu beginilah yang akan digunkan oleh murid untuk melakukan tindakan yang melanggari peraturan sekolah.

    Sentiasa bertaqwa dan mengingati Allah: Apabila kita sentiasa bertaqwa dan mengingati Allah diri kita akan terpelihara daripada melakukan perkara-perkara yang tidak diingini. Contoh: mengerjakan solat secukupnya, membaca doa yang sesuai pada waktunya, membaca ayat-ayat suci Al-Quran, berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW serta menghormati ibu bapa, guru, orang dewasa dan akan-rakan.

    InsyaAllah dengan tindakan ini disiplin dapat dikekalkan pada diri kita tanpa paksaan tetapi di atas kehendak dan kesedaran diri sendiri.

    Aplikasi pembelajaran kooperatif dan kolaboratif

    Berpandukan petikan di atas, cadangkan bagaimana untuk mengamalkan nilai-nilai murni dan kesan kebaikannya terhadap murid-murid. Anda boleh merujuk bahan bercetak atau melayari Internet untuk mendapat isi-isi penting. Gunakan perisian yang sesuai untuk mencatat dan menyenaraikan isi-isi tersebut. Buat persembahan dalam kelas dan paparkan hasilan anda di papan pamer di kelas. Lakukan tugasan ini secara berkumpulan.

    Saturday, January 17, 2009

    Baca ni....

    Koleksi Mutiara kata

    * Mimpi tidak akan menjadi kenyataan jika kita asyik tidur.

    * Orang yang bijak mempelajari banyak perkara daripada musuhnya sendiri.

    * Terdapat banyak kemungkinan untuk gagal kerana kejayaan hanya boleh dicapai dengan satu perkara iaitu USAHA.

    * Ketika ditimpa bencana, kita akan mengenali yang mana satu lawan & yang mana satu kawan.

    * Pemimpin yang baik akan memikul kesalahan & tidak mengejar nama.

    * Rumah tanpa buku umpama bilik tanpa tingkap.

    * Kebocoran yang kecil masih boleh menenggelamkan sebuah kapal yang besar.

    * Tiada hadiah yang lebih berharga daripada nasihat yang baik.

    * Nyanyian ibu untuk menidurkan anaknya ketika kecil adalah suara yang paling merdu di dunia.

    * Tanpa permulaan, anda tidak akan sampai ke mana-mana.

    * Berdoa dan meminta bukannya perkara yang sama.

    * Kegagalan adalah permulaan kepada kejayaan.

    * Fikiran membawa kepada pekerjaan. Pekerjaan membawa kepada kejayaan. Kejayaan membawa kepada impian.

    Empat teknik bantu kuatkan daya ingatan

    # Perhatikan dengan baik maklumat yang ingin kita ingat dan kemudian di simpan dengan baik dan seterusnya memanggilnya kembali dari otak

    # Kaitkan atau ikat maklumat itu dengan sesuatu yang tidak mudah kita lupakan

    # Baca kembali dan ulangi maklumat itu dalam di fikiran

    # Pada hari berikutnya ulangi menging

    Sunday, January 11, 2009

    Pemikiran mempengaruhi Tindakan



    ENGKAULAH apa yang engkau fikirkan... . begitulah ungkapan yang menjadi lirik lagu yang sering didendangkan oleh pelajar. Ungkapan di atas bermaksud fikiran membentuk keperibadian individu.

    Kita sentiasa menggunakan fikiran ketika belajar, berbincang, bermain malah ketika tidur juga fikiran kita terus berfungsi, tambahan pula apabila bulan peperiksaan hampir tiba. Berbagai-bagai perkara yang difikirkan sama ada yang menyeronokkan atau yang mendukacitakan.



    Apabila kita memikirkan sesesuatu yang menyeronokkan, wajah akan menjadi ceria, anggota badan menjadi ringan serta rajin untuk bergerak, jiwa merasa lega kerana tidak menanggung derita dan akhirnya diri akan lebih bersemangat untuk bertindak. Sebagai contoh jika ketika belajar kita memikirkan tentang kejayaan yang bakal kita kecapi, maka sudah tentu apa sahaja kesukaran yang mungkin kita temui dapat diselesaikan walaupun terpaksa bersusah payah berusaha untuk mencari jalan penyelesaian.

    Sebaliknya jika fikiran kita sentiasa memikirkan tentang masalah yang mendukacitanya kita, maka wajah akan menjadi murung, anggota badan menjadi berat dan malas untuk bergerak, jiwa sentiasa resah serta terseksa dan akhirnya tidak mempunyai semangat untuk bertindak.

    Sebagai contoh walaupun hanya sedikit kesukaran yang ditemui ketika belajar ia tidak mungkin dapat diselesaikan jika fikiran kita sentiasa memikirkan perkara-perkara yang negatif seperti kegagalan yang akan ditemui atau rintangan yang diluar daripada kesanggupan diri untuk menyelesaikannya.

    Dari dua situasi di atas jelas menunjukkan bahawa pemikiran itu menguasai tindakan di mana akhirnya membentuk keperibadian seseorang.

    Justeru, kita perlulah sentiasa berfikiran positif iaitu kita perlulah beranggapan bahawa apa sahaja masalah yang mungkin timbul dapat diselesaikan melalui usaha yang gigih. Setiap tindakan harus dilakukan secara terancang tanpa tergesa-gesa. Kejayaan tidak akan timbul dalam sekelip mata tetapi perlu mengejarnya secara berterusan tanpa berputus asa. Oleh itu jangan ketinggalan masa, bertindaklah segera....anda pasti berjaya!

    Rehatkan Minda...



    Monday, December 15, 2008

    PMR


    PMR!!!!!!!!

    Berapa bulan jak lagi dari sekarang. Kepada pelajar Tingkatan 3 khususnya, janganlah stress. Memang betu lah PMR tu sekali seumur hidup. Tapi janganlah belajar sampai macam nak mati. Fikirkanlah diri sendiri, kepentingan keluarga, kepantingan agama dan lain-lain. Sekurang-kurangnya satu hari dapat belajar 5 jam,.. hmmm.. kira oklah kan.
    Kalau satu hari lima jam..manat tahu dapat naik kepada 6 jam kah. Kira bagus jugak kan. Cuba fikir kalau mula masuk sekolah sampai hari PMR berapa hari ada? Tak pun ada berapa bulan? Lebih kurang 10 bulan kan.. So.. kalau dihitung study-study.. lebih kurang adalah dalam lapan bulan setengah. ha..lepas lapan bulan tu tak ke kita merdeka??
    utk pelajar PMR). Best apa PMR ni. Sebab pertama sekali, ia merupakan pengukur prestasi kemajuan murid-murid. Kedua,kalau kita tak terfikir nak ambil PMR, surelah kita tak belajar sungguh-sungguh, hu.. buat susah mak bapak je. Apa-apa hal pun study je lah...