Showing posts with label Family. Show all posts
Showing posts with label Family. Show all posts

Monday, December 29, 2008

Alhamdulillah

Alhamdulillah...Alhamdulillah hi Rabbil A'lamiiin..

Bersyukur ke hadrat Ilahi, kerana kakak saya dapat 8A P.M.R, (kali pertama dia dapat), sebab P.M.R ni seumur hidup sekali je. Apa iktibarnya daripada 8A P.M.R kakak saya ni, saya pun tumpang happy, and rasa macam termotivasi utk dapat 8A. Itu satu berita baik, lagi satu, sekolah tempat aku tuntut ilmu pun dah pecah rekod sejak awal penubuhannya. Tahun ni, 5 orang pelajar telah mendapat 8A P.M.R. Sekolah ni pun, sekolah bukan lah maju sangat kalau nak banding ngan sekolah kat bandar. Satu lagi, meskipun sekolah ni jauh sikit, tapi ni lah buktinya bahawa sekolah ni pun boleh jadi cemerlang. Siapa orang yang 8 A tu, hmm... antaranya:

-Henry B. Nosi
-Nazaratul Atikah bt. Taslim (my kakak)
-Mohd. Aswan B. Tagilling

Dah masuk tahun baru dah ni (Tahun Baru Hijrah), aku pun nak update azam akulah, nak belajar kerana Allah, dan mendapatkan keputusan yang tercemerlang boleh aku buat dalam hidup ku...yang secara tidak langsung menggembirakan ibu bapa, keluarga dan guru-guru.

Sunday, December 21, 2008

Perkahwinan Pak Cik Aku

Pak Cik ku yang ke-4 dalam adik beradik ayah aku dah kahwin baru-baru ni. 22 November nikah, esoknya pulak bersanding. Wah cantiknya, hensemnya pasangan mempelai tu. Tapi sayangnya, time kitorang bergambar ngan pasangan pengantin masa tu jugak lah habis bateri kamera.. Huhuhu.. Bagus kan.. Masya-Allah.... Tengoklah gambar ni.. Ada jugak tau gambar sepupu aku.. Tengok dan comment lah.. Ada jugak gambar bpak aku merenjis bunga mawar.. Alah apa nama dia tu.. Tak tahu lah..

Ha.. Lagu kat bawah ni aku tujukan kepada pak cik aku. Harap pak cik bacalah..

Hijjaz-Selamat Pengantin Baru

Bila dua hati dah terjalin
Selamatlah pengantin kami doakan
Moga redha allah bersinar selalu
Tanda bermula bahtera hidup

Dalam melayari bahtera rumahtangga
Ada masa tenang dan masa gelisah
Jangan nafsu diikut melulu
Sabar dan kemaafan itu perlu

Beginilah resam manusia
Tak lari dari ketentuan ilahi
Suami ketua isteri pembantu
Menongkah hidup saling berpadu
Susah dan senang hadapi bersama
Moga kekal keanak cucu
Moga kekal hingga ke syurga





Family

Keluargaku...

Inilah antara detik-detik manisku bersama keluarga. Ada yang masa dekat Perlis, Melaka dan dekat Tugu Negara. Semua orang yang mempunyai keluarag pasti gembira. Oleh hal yang demikian, janganlah kita persia-siakan nikmat Allah ini. Mana tahu ianya akan ditarik oleh Allah. Appreciate keluarga kita biar lebih sikit daripada kita appreciate orang lain. Bukan maksudnya kita kena kurang ajar dengan orang lain, tapi jangan layan keluarga lebih teruk.