Tuesday, November 17, 2009

Perpaduan.?

Slogan "Perpaduan Teras Kejayaan" pernah diuar-uarkan dengan penuh kebanggaan oleh rakyat Malaysia. Menghebohkan slogan sudah, namun adakah dihayati ?


Kenapa fenomena di atas boleh terjadi? Adakah ini "perpaduan teras kejayaan" ? Jika slogan perpaduan teras kejayaan benar-benar dihayati pasti tidak akan berlaku perkara sedemikian. Ada yang melihat pergaduhan sperti satu perkara yang menyeronokkan. Ada yang berpandangan sebaliknya. Terpulang kepada individu untuk menterjemah erti sebenar perpaduan. Kita, umat Islam, sekiranya benteng keimanan kukuh dan kuat, utuh dan teguh, pasti tiada pergaduhan boleh tercetus dalam kalangan kita.

Kita umat Islam perlu bersatu, satu nama perpaduan. Bersatu berlandaskan keimanan daqn akidah yang kukuh kepada Allah. Hari-hari menunaikan solat disebut Allahu Akbar dalam Takbiratul Ihram. Tapi tidak mahu dihayati. Perpaduan memang teras kejayaan. Kita perlu menjadikan perpaduan kukuh sesama Muslim sebagai senjata utama melemahkan anasir-anasir luar yang meggugat umat Islam.

Marilah kita bersatu di bawah satu nama perpaduan.