Wednesday, August 26, 2009

Nasi Gulai Suku-Suku

FA yang berasal dari Kelantan telah bekerja di Kuala Lumpur beberapa bulan. Dia tinggal serumah dengan rakan sekerjanya Ros. Pada hari pertama Ramadan, mereka berdua bersiap-siap untuk berbuka puasa dengan membuka bungkusan makanan masing-masing yang baru dibeli dari bazar Ramadan.

Fa: Beli apa? Banyak nampaknya tu.

Ros: Nasi tomato dan ayam percik. Bubur cacar pun ada ni. Kaubeli apa lak?

Fa: Aku tadi tak tau nak pilih apa, banyak sangat. Last-last ambik gulai lemak nangka dengan ikan masin. Murah sangatlah mak cik tu jual, singgit je nasi ngan gulai. Aku ambik gak kuih dua tiga jenis, geram tengok!

Ros: Amboi! Sedap tu, terasa macam kat kampung pulak. Aku nak tumpang sikit gulai nangka tu nanti.

(Setelah membuka juadah masing-masing)

Fa: Eh!! Kenapa sikit sangat nih! Nasi adalah tiga suap, bercampur pulak tu dengan gulai. Sikit sangat nih!

Ros: Kau minta apa kat mak cik jual nasi tu tadi?

Fa: Aku minta nasi dengan gulai lemak nangka dengan ikan masinlah. Aku minta nasi dengan gulai suku-suku.

Ros: Kau minta suku-suku?

Fa: Ha, la! Kalau campur nanti basi. Kalau tak pun nasi tu kembang kena kuah, tak sedap. Tapi ni dia campur sekali, dah la tu sikit sangat. Tak kenyang ni, lekat celah gigi je. Patutlah harga murah sangat.

Ros: Ha! Ha! Ha! Sini bukan Kota Baharu, sini Kuala Lumpurlah! Bila kauminta suku tadi, dia bagilah suku, suku tu tak sampai separuh pun! Agaknya mesti mak cik tu ingat kau diet nih, makan suku je.

Fa: Aku minta penuh, tak minta separuh. Mak cik tu salah isi nih! Cuma aku minta dia bungkus suku-suku.

Ros: Mak cik tu tak salah, kau yang salah. Kauminta suku-suku, mak cik tu faham kau nak nasi suku dan gulai nangka suku. Sekarang kau dapatlah serba suku, patut le murah sangat! Tadi aku pun hairan, mana ada dalam Kuala Lumpur ni orang jual nasi dan lauk singgit sebungkus. Kau tak tengok ke masa mak cik tu bungkus tadi?

Fa: Tulah silapnya tadi. Masa tu orang ramai, lepas order aku pilih kuih pulak. Tau-tau dah siap bungkus. Makan kuih ajelah aku nampaknya ... tumpang sikit nasi tomato kau tu sikit!

Ros: Lain kali bila beli makanan tu, cakap cara orang Kuala Lumpur. Marilah makan, dah azan tu ... baca doa dulu!

INFO: Glosari

  • Suku - (i) satu daripada empat bahagian, seperempat
    - (ii) (dialek Kelantan) berasingan
  • Singgit - (bahasa pertuturan) seringgit
  • Last-last - (bahasa pertuturan) akhirnya
  • Monday, August 24, 2009

    Alhamdulillah

    Syukur Alhamdulillah, hati masih teguh dalam ajaran Islam. Syukur Alhamdulillah, kehidupan masih ada. Syukur Alhamdulillah, nafas masih dalam helaan.

    Badan yang lemah serta lesu ini di hadapan Allah. Tidak ku tahu nasibku di Mahsyar kelak. Adakah aku masih mampu tersenyum sewaktu berada di Mahsyar ? Adakah saat-saat terakhir hidupku aku lepaskan dengan penuh kegembiraan ? Aku tidaklah sesempurna Rasulullah. Aku tidaklah sesempurna sahabat-sahabat Baginda. Aku hanyalah Hamba Allah yang biasa.

    Aku terpegun melihat fenomena dunia. Seluruh umat Islam patuh tunduk menyembah Allah. Alangkah bertuahnya mereka, dikurniakan perasaan sedemikian rupa. Ingin sekali aku, menikmati nilai Islam yang sebenar. Ingin sekali aku, berdiri di samping tentera-tentera Islam di Palestin mempertahankan Bumi Palestin. Ingin sekali aku bersama-sama para ulama', menikmati malam-malam yang penuh berkat.


    Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

    Friday, August 14, 2009

    Bulan Berkat Menjelma....


    Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


    Beberapa hari lagi, seluruh Muslim di muka bumi ini akan menyambut sambutan yang paling berpestij. Kehadirannya dinanti. Kemeriahan terasa. Kehangatan terus membara. Berdebar-debar setiap kalbu yang ada.



    Seluruh dunia, setiap negara, setiap muslim sedang sibuk mempersiapkan diri untuk menyambut kehadirannya. Berbagai-bagai program diatur. Seluruh masjid mula diimarahkan. Semangat untuk menyambutnya seolah-olah setinggi gunung, takkan luntur dek hujan dan takkan lekang dek panas.



    Maka, seluruh muslimin dan muslimat, ayuh lah kita bersama-sama menjadikan Ramadhan tahun 1430 Hijrah ini sebagai Ramadhan terbaik dalam kehidupan kita. Insya-Allah.

    Dalam pada itu, jangan lupa terus memanjatkan doa ke hadrat Ilahi agar pejuang Palestin terus dapat membela Ard Al-Quds. Hulurkan sumbangan dengan terus membaca Qunut Nazilah. Allah bersama kita.


    Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

    Monday, August 3, 2009

    Remaja....


    Dapatkan Testimoni SahabatUNIC di Sini




    Remaja
    Album : See You D IPT
    Munsyid : Unic
    http://liriknasyid.com


    Remaja
    Ingatlah masa depan mu
    Janganlah kau terleka
    Di usia remaja

    Kenanglah
    Jasa ibu dan ayah mu
    Susah payah mereka
    Membesarkan kita

    C/O :
    Gunakanlah masa yang ada
    Dengan sebaiknya
    Kuatkanlah tekad di hati
    Memajukan diri
    Tiada kejayaan yang datang
    Tanpa usaha yang gigih
    Bersusah-susahlah dahulu
    Bersenang kemudian
    Jadilah warga yang berguna
    Pada keluarga, masyarakat jua negara

    Waspada
    Jangan mudah terpedaya
    Oleh hasutan dunia
    Yang bisa merosakkan hidupmu

    (Ingatlah remaja semua)

    Remaja, Bangkitlah

    Remaja Islam. Kini dilihat antara generasi yang hanyut dalam arus modenisasi. Mana tidaknya, mereka lebih cenderung ke arah hiburan yang melalaikan. Program realiti televisyen, seperti Mentor, Akademi Fantasia, Anak Wayang dan bermacam-macam lagi semuanya diungguli oleh remaja Islam. Namun, jika dilihat dari sudut rohaniah, remaja Islam gagal. Lihat sajalah, di masjid-masjid, di majlis-majlis ilmu dan majlis berunsur keagamaan yang lain remaja Islam seolah-olah hanyut.

    Selaku remaja Islam yang diberikan hidayah oleh Allah untuk menjadi mukmin yang cemerlang, saya suka ingin menganjurkan semua muslimin, muslimat, mukminin dan mukminat agar bersama menerapkan ajaran Islam yang sejati dalam kehidupan kita.

    Remaja Islam yang masih di alam persekolah khususnya, mengenepikan pendidikan keagamaan kerana beranggapan ilmu fardu kifayah lain lebih penting berbanding ilmu agama. Islam memang menganjurkan agar umatnya menuntut ilmu fardu kifayah namun tindakan tersebut perlu diseimbangkan. Remaja Islam didapati terlalu obses dengan keduniaan yang fana dan tidak kekal ini.

    Apa akibatnya kalau remaja Islam leka???? Jika terus-menerus terperangkap dalam kemewahan yang fana ini, remaja Islam boleh ditimpa berbagai-bagai musibah dek tindakan sendiri. Remaja Islam akan lalai daripada mengingati Allah seterusnya mendorong kepada kemurkaan Allah. Itu adalah antara impak terbesar yang akan menimpa.

    Remaja Islam, ayuh kita ambil tindakan ini :

    - Memperdalam ilmu agama
    -Sentiasa memantapkan akidah
    -Banyak menuntut ilmu
    -Rajin berkomunikasi dengan Allah
    -Sentiasa menginsafi diri
    -Saling menjalin ukhuwwah dan kerjasama antara satu sama lain


    Kalau nak dicatatkan segalanya, mungkin tidak berkesempatan. Kita, Remaja Islam, perlu bangkit. Kita Remaja Islam, adalah pewaris tampuk pemerintahan sedia ada. Kita, Remaja Islam, pencetus jihad dalam kalangan kita. Kita Remaja Islam, perlu bangkit. ALLAHU AKBAR!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!